Showing posts with label From Bainun with love. Show all posts
Showing posts with label From Bainun with love. Show all posts

April 30, 2015

Majlis Perpisahan Pengetua

Assalamualaikum and hello everyone!

Ini cerita agak lama sebenarnya tapi baru ada mood sekarang nak tulis. Walaupun takde orang baca kisah apa aku hahahahahhaahhaaha

It all started on one fine evening, Mom got whatsapp message from her friend; an announcement of Pertukaran Pegawai-pegawai pendidikan dalam Kinta Selatan and jeng jenggggggggggg
Ketua PPD Kinta Selatan : Tn Hj Mat Jaafar - Pengetua SMK Raja Permaisuri Bainun
Lebih kurang camtu la mesejnya.  So officially Tn Hj dinaikkan pangkat. Yeay tahniah! Tapi memang lah naik pangkat, tapi sedih la jugak although I'm not in that school anymore, tapi he is such a blessing to us, Bainunians. Sejak Tn Hj masuk sekolah kami, you can feel the positivity in the air~~~~ Seriously he made big changes to us. Banyak sangat la jasa dia kat kami, meh aku try senaraikan hahahahha

- Our Sinar Pagi programme! Yihaaaaaaaa dulu kena datang sharp 6.30 am lepas tu pukul 7 turun perhimpunan. Kalau terlewat tu, duduk bukak buku dah bunyi loceng hahahahaha. Tapi pengetua ni dia tukar sikit, datang 6.40 pastu takpayah turun perhimpunan ya rabbi syok gila *menari hawaii* hahahha
- Budaya tangan di dada time lagu sekolah and bagi salam. 
- Jemaah Isyak dulu baru pergi prep. This is realllyyyyyyy nice. Sebab kekadang ada yang balik prep dah letih tertidur maka terjadi la isyak jam 4 pagi hhuhuhu.
- Ada khemah ibadah haritu. Syok!
- Mentor mentee dorm. Ni dulu dah ada sebenarnya tapi macam dibangunkan kembali haa gitu.
- Start tahun ni dah kena jemaah everytime. Oh please tak payah persoalkan "asrama apa tak jemaah lima waktu?" Everyone is trying to change ok? Dulu bukan takde jemaah time solat. Subuh & Maghrib yang wajib. Selain tu macam kira pilihan la. Zohor ada PIA. 

Ok itu je mampu fikir dah 6 bulan tak sekolah mana nak ingat T_T

So, pada suatu malam sebenarnya aku tersangat lah bosan tahap tak tau nak buat apa langsung. Tv entah pape ceritanya. Twitter pun takde orang. So aku whatsapp la Teacher Aishah tanya majlis perpisahan pengetua bila. Dia kata rabu ni, you guys nak datang ke? Aku kata takde la tak plan apa pun. Lepas tu Teacher kata why not? Come and give him farewell.

Ok so tanya anip, plan apa semua, lepas tu dengan yang tak jadi datang, takde transport, ada hal lesen, at the end aku dengan Husin je pergi. Banyak pancaroba jugak nak pergi sekolah Rabu tu sebenarnya tapi demi pengetua ku redahi hahahahahaha gurau je. Tapi betul la banyak pancaroba tsktsk.


Let's skip to the majlis terus heehhehe. Majlis start pukul 11. So sampai-sampai terserempak la beberapa orang cikgu & students. Lepas tu nak pergi dewan nak bagi hadiah dekat orang yang jaga department hadiah amboi department hahahha ok AJK cukup. Then majlis tak start lagi kitorang keluar la dulu. Nampak Teacher Aishah kat kereta pengetua. Kereta pengetua dah berubah wajah! Sikit je la ahahhahaha
Cards by the bainunians.

Ni hadiah dari batch kami.
Ok so majlis start macam biasa la lagu Negaraku, lagu sekolah and bacaan doa.
Duduk depan macam cikgu ~ Hahhahaha

Husin dekelilingi bunga ~
Lepas bacaan doa, emcee pun bacalah biodata & pengenalan sikit pasal pengetua. Background music sedih gila bak kata budak kelas aku, macam lagu tsunami mwehehehehe sebak la jugak tapi I kan kental kikikiki.

The Emcees

Pada tahun 2014, Tn Hj Mat Jaafar telah meneruskan pekhidmatan beliau di SMK Raja Permaisuri Bainun. Beliaulah tulang belakang sekolah dan nadi kekuatan sekolah. Jasa dan pengorbanan yang telah disumbangkan oleh tuan pengetua tidak mudah untuk kami lupakan. Antara jasa dan buah tangan ditinggalkan tuan pengetua yang menjadi buah mulut kita semua merupakan Galeri Bainun, Inderaloka Bainun seta keindahan dan keceriaan segenap pelosok bumi Bainun. Selain itu, sifat prihatin dan kasih yang tidak terhingga kepada semua guru dan murid akan menjadi igauan kami buat selama-lamanya.
Tuan Pengetua bukan sahaja imam kami ketika solat berjemaah, tetapi juga imam kami *di arena keilmuan.* Aku rasa la tu ayatnya sebab aku record voice note je lepas tu sekarang dengar balik tak dapat tangkap apa dia cakap.
Seterusnya, ucapan wakil pelajar dari Amir. Time penutup speech dia, Amir nyanyi lagu kenangan terindah. 
Then ucapan wakil pentadbir, Cikgu Zulkafli. Aku sempat record penutup speech je mwehehehhe
Kalau tidak kerana unggas, tidaklah rosak padi di sawah. Kalau tidak kerana tugas, tidaklah kita akan berpisah. Kalau ada pauh diraih, bawa sebiji ke tanah seberang, kalau ada budi yang baik, sampai mati dikenang orang. Bagi tuan, selamat maju jaya, salam transformasi Bainun. Moga ikatan dan jalinan persahabatan dan persaudaraan yang terjalin di antara kita akan tetap kekal harum mewangi tanpa pudar dimamah usia.
Time tu pun ada background music alahai sayunya T_T. Kemudian tiba masa untuk ucapan yang diraikan, tuan pengetua. Terharu jugak time kata alu-aluan pengetua mention nama aku dengan Husin and students tepuk tangan. So here is some of what I recorded.

Saya akan meneruskan perkhidmatan di Pejabat Pendidikan Kinta Selatan mulai esok 16 April selepas hampir 11 bulan saya berada di sekolah ini. Saya tak ada puisi, saya tak ada sajak namun begitu sebelum saya meninggalkan bumi Bainun ini, ada beberapa perkara kalau boleh dijadikan sebagai satu ingatan, kalau boleh dijadikan sebagai sebagai satu pegangan untuk kita meneruskan perjuangan kita sebagai seorang pendidik, sebagai seorang kakitangan awam sebagai seorang murid, apa sahaja.
Ada beberapa perkara yang diberikan kepada kita dan tidak boleh dikembalikan. Tiga hal, tiga perkara yang tidak akan kembali kepada kita. Yang pertama, masa yang telah diberikan kepada kita tidak mungkin akan datang kembali. Yang kedua, kata-kata yang mana setelah kita hamburkan, kita keluarkan dari mulut kita, kata-kata itu tidak mungkin untuk kita tarik kembali. Dan yang ketiga ialah kesempatan atau peluang yang telah diberikan kepada kita kalau kita tidak ambil, tak mungkin dia datang lagi.
Hari ini masa ini kita berada di sebuah sekolah yang hebat. Hari ini masa ini kita di sebuah institusi pengajian yang menjadi tumpuan semua orang. Hari ini masa ini kita berada di satu tempat yang mana memungkinkan diri kita untuk terus maju ke hadapan.
Ada ungkapan yang menyatakan, rebutlah lima waktu sebelum sampai lima waktu. Masa muda sebelum tua, masa senang sebelum susah, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa hidup sebelum mati.
Walaupun 11 bulan saya berada di sini,hubungan saya dengan murid-murid, hubungan saya dengan warga Bainun, saya merasakan seolah-olah lebih panjang *some words missing hahahah tak dapat tangkap pulak apa yang dikata* kemesraan yang dapat saya rasakan. Saya mempunyai peluang untuk bersama-sama dengan anak-anak, saya mempunyai peluang untuk bersama-sama dengan guru-guru lebih berbanding dengan tempat-tempat yang lain.Itulah sebabnya saya mengatakan bahawa saya rasa bangga, saya rasa berterima kasih kerana diberi peluang untuk berada di sekolah ini walaupun dalam tempoh masa yang agak singkat.
Kecemerlangan memang hak SMK Raja Permaisuri Bainun. Saya yakin anda mampu mencipta kejayaan yang lebih cemerlang yang telah pun dibuat oleh abang-abang kita sebelum ini, oleh calon-calon SPM 2014, STPM 2014, saya yakin anda mampu mengatasi untuk memastikan kluster kecemerlangan hak SMK Raja Permaisuri Bainun.
Walaupun pemergian ini bukan di atas kehendak saya sendiri, saya secara ikhlas memohon ribuan ampun dan maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki kerana saya merasakan banyak perkara lagi yang tak sempat saya lakukan, banyak perkara lagi yang ada di fikiran saya yang tak sempat saya laksanakan. Tetapi saya bangga, selama 11 bulan saya di sini, kerjasama, komitmen yang telah  ditunjukkan oleh barisan pentadbir, barisan guru-guru, barisan kakitangan saya, barisan murid telah menguatkan hati saya, telah menguatkan semangat saya walaupun *some words missing hahahahaha*
Kekuatan saya sebenarnya datang dari tuan-tuan, kekuatan saya sebenarnya datang dari murid-murid, sebab saya melihat kehendak tuan-tuan, kemampuan tuan-tuan keinginan tuan-tuan dan kehendak murid-murid kita juga saya yakin memberikan satu semangat kepada saya. Kekuatan itulah yang saya belajar disekolah ini, kekuatan itulah yang saya timba sebelum ini. Kerana sebelum ini, dua tiga tempat yang saya pergi saya tidak menerima cabaran yang hebat seperti di SMK Raja Permaisuri Bainun. Namun Allah bantu saya, kerana saya ada sahabat-sahabat pendidik saya, Allah bantu saya saya ada anak-anak putera puteri yang memahami dan dekat dengan saya.
Lepas tu tuan pengetua recites a few ayat dari Al-quran.

Saya berpegang pada ayat ini, apabila kamu diuji, oleh ketakutan oleh kekurangan oleh fitnah dan sebagainya, bersabarlah, ada hikmah kerana orang yang bersabar itu, yang Allah uji itu, yang pertama untuk Allah tingkatkan darjatnya, yang kedua orang yang bersabar itu untuk Allah hapuskan dosanya. Saya banyak dosa tuan-tuan, saya banyak kekurangan tuan-tuan, mungkin Allah uji saya tetapi saya yakin, saya sentiasa berdoa agar Allah berikan bantuan. Bantuan itu datang daripada tuan-tuan. Bantuan itu datang daripada anak-anak saya sendiri. Yakinlah anak-anak, yakinlah para pendidik, kita berada di tempat yang sesuai untuk kita meneruskan tugas-tugas sebagai hamba dan khalifah.
Saya memohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya sepanjang 11 bulan ini, ada hati yang terguris mungkin ekoran dari kata-kata saya, tindakan saya namun niat saya cuma satu saja, untuk SMK Raja Permaisuri Bainun.
Ok sampai situ je yang sempat record mwehehhehe. Lepas tu persembahan murid and guru.

Nasyid, Soutun Naim.
Orkestra dekat wing kanan dewan, tu je yang dapat tangkap T_T
Puisi from Sir Rahman.

Penyampaian hadiah. Husin as wakil Batch 29.
Acara potong kek.

                                               

                                               

Ada student yang menangis rupanya. Memang lah sedih tapi nak buat macam mana tu rezeki pengetua, dinaikkan pangkat. Marilah kita berdoa Bainun terus maju dan unggul, aceh ayat hahahahaha ok sekian laporan, bye xoxo.


April 15, 2015

Pesanan Cikgu.

Assalamualaikum and hello everyone!

Ok let's make this short and simple because I'm already sleepy tapi tetiba rasa nak update blog hahahahaha. Dah tutup dah Chrome lepas tu bukak balik. Ok tadi aku dengan Husin pergi sekolah sebab ada majlis perpisahan pengetua, naik pangkat jadi ketua PPD Kinta Selatan. Pasal majlis tu kalau rajin I cerita ok hahahahaha

So macam biasa la lepas majlis jumpa cikgu-cikgu and cikgu ajak makan potluck ehehehehhehe syiok ok stop. And ada sorang cikgu baru ni, baru masuk tahun ni, Cikgu Rohiman nama dia (rasanya la ejaan camtu hehehehe) Time tu kitorang tengah sembang dengan teacher Aishah lepas tu she went to the toilet and cikgu Rohiman came to us.

" Student last year?"

Haah.

Lepas tu dia tanya dapat mana and mintak apa rasanya. Aku dengan Husin both dapat Matriks Negeri Sembilan. Husin kata dia nak ambik medik, aku kata la Farmasi. Ohh panjang cerita dan komplikasi pasal farmasi ni actually luls malas nak ingat nanti sakit hati. Lepas tu dia tanya aku kenapa tak ambik medic then aku kata oh no no hahahahaha 

Haaaaaaaaaaaa di sinilah bermulanya nasihat. Dia cakap banyak sebenarnya pastu dia macam bagi hint suruh “panjangkan pesanan” kat kawan-kawan tapi panjang betul apa dia cakap aku lupa la sikit hahahahha.

Tak ingat la tapi macam dia kata kenapa tak ambik medic terus. Aim higher gitu. Medic kena 4flat, farmasi 3 berapa ntah dia cakap aku lupa hahahhahaha panjang sebenarnya apa dia cakap tapi ni je yang aku mampu extract.
- Kalau takde minat, leave je. Macam dia memang nak jadi cikgu dari kecik. Tapi dia dapat matriks rasanya kalau tak silap la matriks. Tapi dia pergi sehari je pastu malam tu dia chiao sebab dia kata dia rasa takde hati (ke takde jiwa ntah hahahaha) untuk study bidang tu kat situ (lebih kurang la ayat dia).
- Bila kita minat satu bidang, cari satu tokoh yang strong dalam bidang tu. Tengok pathway dia, macam mana dia boleh berjaya macam tu. Tengok mana dia pergi.
- Bila masuk matriks (rasanya hahahaha) first sem takyah hirau lain. Fikir nak skor 4 flat je. Lagi yang nak ambik medic tu. 
- Ok yg ni cikgu che araine cakap dia kata kalau pape bidang pun cuba la study sampai jadi pakar. Eh cikgu rohiman pun ada kata pasal prof muhaya tapi tak ingat  butiran lanjut rasanya pasal buat research kot. sorry hahaha.
- Approach prof ke dr ke lecturer ke. Tanya pasal subject. Sebab kadang2 apa yang dia bagitau tu itu yg keluar exam. Lecturer pun manusia, dia ada humanity. Bila dia tengok budak betul2 nak belajar dia akan tolong. 
- Ni macam point penting gak ah. Jangan kejar nama university. Be smart. Contohnya dia kan nak jadi cikgu tapi dia tak mintak upsi. Dia tau ramai akan apply upsi so dia apply um ambik degree pendidikan. “jadi cikgu jugak kan?” macm medic dia kata apply la ums ke unimas ke.

Ok itu je untuk dishare nanti pape kalau aku teringat aku tambah. SHORT AND SIMPLE SANGAT HAHAHAHHA bye

March 7, 2015

3rd of March, SPM 2014 result.

Assalamualaikum and hello everyone!

AHAAHAHAHAHAHHA YES DEBARAN BERAKHIR, FINALLY!

So today I want to tell you my experience of taking my SPM result (acah).

Let's start with a week before the SPM result will be announced. Berapa banyak kali mimpi dapat result pun tak tau lah, tapi paling banyak sekali aku mimpi dapat 6A. 6As is not good for me. Cuak memang tak payah cerita la, because I really didn't want what happened to our school in 2014 to happen again in 2015. Aku taknak batch kami jadi punca, aku tak nak result SPM aku jadi punca aku malu nak jejakkan kaki kat Bainun lagi. 

Then on 1st of March, baru aku tau yang result STPM will be announced a day before SPM result, which will be tomorrow, the 2nd of March. Petang 2 Mac tu, *drum roll* Pengetua send gambar dekat group whatsapp.


Jeng jeng! Gila tak cuak, SPTM dah berjaya. Sekolah terbaik negeri Perak. Sumpah cakap memang takut. Macam mana kalau esoknya tak macam ni? Serius rasa nak nangis.

Tu je aku mampu nak cakap petang tu T_T
Then malam tu Mak nak keluar pergi bayar bil apa semua dengan ayah.Mak tanya nak beli apa-apa tak nak bagi cikgu esok, and I was thinking, hmm kalau tak dapat 9A nak bagi untuk apa? Tanda mintak maaf? I told mum, sukati mak la nak beli apa. Malam tu perasaan lagi la bercampur aduk, rasa macam entah, takut sangat. PMR tak macam ni pun.


PAGI 3 MAC

Ayah kejut, tanya nak ayah ikut tak. Sebab before this aku pernah cakap aku nak pergi ambik result sorang2, kalau ok baru aku call suruh datang hahahaha. Sebab time 2014 hari ambik result SPM2013, kalau tak silap datang ambik result camtu je takde pun majlis macam kitorang ambik result PMR. Uisy PMR pun sweet moment gak, 71 orang 8A:') Aku pun cakap 'hmmm ok' lepas tu ayah cakap "hari tu taknak ayah pergi" hahahahha Mak kata siap-siap, 9.30 mak balik sekolah mak ambik.

Pagi tu nak kata nervous tak nak nervous sangat, maybe nervous tu dah bosan datang kat aku dia pergi jalan-jalan kejap. (please get my joke) Paling tak boleh blah pagi tu sempat menggatal dengan Qilah tweet kat Sharnaaz Ahmad suruh dia wish goodluck nak ambik result malangnya nan hadooo tak dilayan ok hahaha


Kan hadiah yang mak beli untuk cikgu-cikgu tu, ada 10. Letak dalam paper bag, nice one I like rasa nak simpan taknak bagi hahahaha buruk perangai. Then actually malam tu I wrote 2 sets of 10 notes ntuk letak dalam paper bag tu nanti. Set yang pertama tulis,
Terima kasih, cikgu. Jasamu dikenang :)
Itu kalau dapat straight A, kalau ditakdirkan tak dapat, the note is
Terima kasih, cikgu. I'm sorry, it's my fault.
Lepas tu lipat-lipat kertas tu semua letak dalam my bag. So nanti lepas dapat result, pilih notes yang mana yang akan ada dalam goodies bags tu. Ok so dah siap-siap iron baju mandi pe semua, let's take a selfie!


Dah siap-siap tunggu mak, dapat whatsapp dari Cikgu Azeera. Jeng-jenggggggggg

Nombor 2 dalam Kinta Utara!
Lagi la bertambah seram. Time ni dah start seram dah. Oh before tu ada orang retweet Harian Metro punya tweet kata total yang dapat semua A menurun dari berapa belas ribu ntah jadi 11K. Aku memang dah doa Ya Allah bagi la aku antara 11K tu. Lepas tu aku forward benda tu dekat ws batch. Ada yang dah sampai sekolah pun. Aku cakap,
 jangan bagitau kat sini sape yang dapat tak dapat tau, aku takut dah ni.
Lepas mak dah ambik, pergi sekolah ayah ambik ayah pulak then terus pergi Bainun. Otw tu memang senyap aku cuak sangat T_T Phone bunyi sebab whatsapp semua tak bukak, taknakkkkkk! Kan diorang kata pukul 10 dah boleh ambik result, tapi pukul 10 aku atas jalan raya lagi, 10 lebih baru sampai.

Dah sampai sekolah, orang first aku nampak, K-un dengan lagi sorang sape ntah tak ingat. Lepas tu ayah parking dekat volleyball court belakang kantin, so nak pergi dewan lalu kantin dulu. Budak-budak lower form tengah rehat. Dekat kantin terserempak cikgu Mazlan,
Athirah, kamu ke yang selalu belajar kat atas bukit tu?
Haah, kenapa?
Bagus,bagus. Tak sia-sia kamu belajar kat bukit. Tahniah.
Apa ni cikgu saya tak tau apa-apa T_T
Aku taknak harap apa-apa sebab tahun lepas yang tak dapat 9A, dapat 8A pun cikgu-cikgu cakap tahniah. Lepas tu aku ciao pergi kat dewan ramai jugak yang dah sampai. Form 5 pun dah ada kat luar dewan. Time tu mak dah masuk dewan, ayah tunggu kat pintu dewan. Rupanya result belum announce lagi. Nampak Teacher Aishah, hug lepas tu nangis. "Teacher saya takutttttt" Tak ingat la teacher cakap apa tapi yang aku ingat "after you get your result, come and see me" Then cikgu Liana pulak, hug lepastu nangis lagi. Nangis sebab takut ok. Cikgu Liana yang aku ingat dia kata "La apasal nangis awal-awal! *gelak* Takpe-takpe cikgu cakap tahniah awal-awal. Cikgu dah tengok tadi ingatkan nak tangkap gambar nak whatsapp kamu tapi tak jadi la" Cikgu apa ntah cakap, lama sangat diorang analisis kome punya result. Lepas tu jumpa junior2 yang ada depan dewan tu, hug kawan-kawan. Oh Teacher Hezan pun ada tapi time hug tu dah habis nangis dah. Dia pun kata "Aku takut wey"

Beberapa minit lepas tu, Cikgu Zul keluar dari office (eh ke bilik permaisuri haahahha entah) bawak laptop, jalan pergi pintu masuk dewan, kitorang kan kat situ. Dia kata "OK MASUK"

Ya Allah tuhan je tau cuak tu cemana. Aku masuk cari mak, mak duduk dengan mak Nafisa. Lepas agaknya sementara tunggu laptop dia set up agaknya, Cikgu Zul jalan-jalan kat dewan lepas tu dia cakap dengan aku. Tak ingat la mula-mula dia cakap apa tapi yang ni memang akan ingat.
Tak macam yang saya expect, *thumbs down*
Thumbs down dia buat ok!!!! Ya Allah rasa macam hmmm apa aku dapat ni. Lepas tu dia ciao T_T
Ok rupanya ada majlis pengumuman result SPM, bukan macam tahun lepas ambik je kat guru kelas. Paling tak sangka form 5 pun sekolah suruh masuk dewan sekali. Aku duduk sebelah Ifah dengan Suhana. Tak ingat time bila tapi waktu duduk dalam dewan la Ifah cakap "Sikit kan 3 orang?" and I said "diam kau aku benci kau" hahahhaha. So majlis pun start, Cikgu Zul jadi emcee lepas tu Ustaz Salleh baca doa, and pengetua yang akan announce result. Tbh, mula-mula cam tak fokus sebab cuak so tak ingat pun pengetua cakap apa hahahahaha

Tapi mula-mula pengetua announce 100% LULUS! Then pengetua announce GPS sekolah which is lagi sikit nilai lagi bagus. Tahun lepas, GPS sekolah meningkat dari 2.98 jadi 3.21 berapa ntah. Tu yang jadi macma-macam kat sekolah tu huhuu ok tutup kes. Kiranya 2.98 tu best record untuk SPM sekolah which were done by batch 2008 and batch 2012. Waktu meeting dengan pentadbir dulu cikgu ada bagitau target sekolah untuk SPM 2014 is 1.5. Unfortunately we didn't manage to get that 1.5 but we managed to get


YEAY 2.97 LIKE EVERYONE WAS SCREAMING HAPPILY!!!! We managed to beat previous record which is 2.98 yeah it seems like it is just a little difference which is 0.01 but we are happy so shut your mouth up ahahahhahaha After the GPS announcement  I was like "I'm done I don't want to hear anything" But we have to face the reality kan :P 

Then pengetua umumkan 3 orang yang dapat straight As. Ifah was right! Mana dia tau dulu ni?! Guess who was the first one? Jeng jenggg

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

muahahahahaha aku tak expect la! Memang la nak sangat straight A tapi eh ok diam bersyukur. Yang aku ingat waktu pengetua announce nama aku, Ifah macam jerit Athirah hang dapat! Aku respond lambat sikit sebenarnya ke aku yang rasa waktu bergerak perlahan waktu tu hahahahahha Aku bangun pergi kat ayah dulu sebab ayah duduk belakang kitorang mak kat depan sana ahahahaha and Mum was crying ok aku macam "eh kenapa nangis" hahahaha bak kata angah, "ko mana ada perasaan" eh hello I dah nangis luar dewan sebab takut ok hahahaha atas pentas tu sebenarnya masih dalam fasa UNBELIEVEABLE hahaha aku tengok skrin, aku cakap dekat mak, "Eh banyaknya A+" hahahahaha

So the second one is Iza Hairani and the third one is Husin. Congrats all! Congrats for my 29s too. Remember, each of us do contributes for that 2.97, and our dream to make Bainun shines again is now a reality (kot?).


This is not my sucess alone, this is our sucess. Everyone that made my life. Thank you Allah for this As, thank you mak & ayah and my family for the support, thank you Principal and administrators for the programmes and motivations, thank you teachers for the knowledge and sacrifices, thank you to all the teachers from my primary schools to high school, thank you my 29s for being together through our ups and downs, thank you to all Bainunians for your prayers, solat hajat and Yaasin reciations, thank you everyone. This is for you ; Mak, Ayah and teachers.

February 22, 2015

3 Mac.

Assalamualaikum and hello everyone!

Well that date is kind of a nightmare for me, and I'm sure that it is not only me but for the whole 97's Malaysians. Time really flies. Lebih kurang 8 / 9 hari lagi. Seramshit takpayah cerita la kan tahap mana. Menggunung perasaan tu. Bercampur-campur. Mimpi pasal result dah berapa kali pun tak tau. 

Rasa macam baru je semalam daftar hari first form five. Rasa macam baru je semalam duty koop utk hari pendaftaran. Rasa baru je semalam bergembira lunch makan nasi vanggey cikgu Mazlan belanja. Rasa macam baru je semalam terasa senior. Rasa macam baru je semalam bergembira dalam bilik menelaah. Rasa macam baru je semalam study waktu pagi pukul 4 sampai tertidur walaupun dah ikut tips cikgu Zul, dia kata taknak bagi ngantuk nak study pagi pergi mandi dulu but sorry cikgu that didn't work for me hehehehe. Rasa macam baru je semalam bermastautin dalam bilik menelaah, baring atas toto pe semua. Rasa macam baru je semalam menangis sebab stress yang bercampur, dengan oral kena redo, yuran pibg yang masyaAllah boleh carut, Sinar Pagi, tak cukup tidur hias dorm sampai 3-4 pagi then masa yang sama nak Ujian 1. Tengah belajar fizik bab elektrik pun boleh nangis hahahahahah stress level apa ntah tu.

Rasa macam baru je semalam makan bergelak ketawa dengan batchmates dengan my Sigma. Rasa macam baru je semalam menangis ramai-ramai sebab dapat shocking news yang cikgu Roziah dengan cikgu Rafiah kena pindah and waktu tu tengah PPT. Rasa macam baru je semalam buat petisyen untuk hantar kat JPN. Rasa macam baru je semalam terasa dianiaya hahahaha. Rasa macam baru je semalam ada meetings dengan pengetua, dengan pentadbir and dengan orang JPN. Rasa macam baru je semalam seronok sebab pengetua yang baru buat sinar pagi start 6.40 and tak payah pergi perhimpunan. Rasa macam baru je semalam pergi study kat bukit ramai-ramai. Kadang berdua dengan Fafau.

Banyak lagi nak tulis pasal 'Rasa macam baru je semalam' sebenarnya tapi I sebak ok cannot go on T_T . But I do really hope our batch can excel in this SPM. Sebab kami tahu, kami dah nampak apa akibatnya bila SPM sekolah ni tak perform. Kesian sangat dekat cikgu. Orang JPN turun apa semua. Memang la asalnya kitorang as student marah apasal JPN nak marah-marah, benda dah nak jadi. Tapi bila aku join program Perfect Score yang buat kat sekolah haritu, aku faham apa tujuan diorang actually. Diorang nak anak Melayu kita berjaya. Itu peranan diorang. Letak diri kita kat tempat mereka. Adakah kita akan rasa selesa tengok result anak Melayu penuh cela? Ye mungkin cara diorang agak kasar tapi manusia kan, Emosi. Lagi-lagi bila pengetua baru ni. Macam-macam program dia buat. He is really the best principal I ever had. Aku memang harap kami boleh balas jasa beliau dengan semua cikgu lain. I really hope we are not going to make the teachers stressed out because of our result. Harapnya batch 29 akan tinggalkan fairy dust kat sekolah, bukan pasir berdebu ahahaahahahhaha ok bye xoxo

May 8, 2014

Sempurna

Kalau aku sempurna
dah lama aku bahagia
belanja tak payah berkira
bersedekah dengan hati gembira
solat sentiasa dijaga awal waktu sentiasa
result exam semua A sahaja
paras rupa yang indah dipandang mata
Iphone rosak boleh ganti selamba
mak ayah nak pergi umrah setiap bulan pun tak apa
hati baik mulut baik tak pernah mengata
buat hati taulan senang sentiasa
harapnya syurga yang menanti aku di sana
walaupun aku tak sempurna

Buat 29 Aku

2 tahun punya usaha
Datang sinar pagi yang awal gila
Study malam bersengkang mata
Korban tidur untuk periksa
Kelas tambahan tak payah cerita
Duit mengalir keluar macam pili bomba
Mari kita sama-sama usaha dan berjaya
Balas jasa ibu bapa
Mahukah kau result yang bakal diterima
Hanya jadi punca kau berduka
Bila hari itu tiba
Buat kau rasa
Penat lelah kau hanya sia-sia

January 30, 2014

Star Student

Assalamualaikum and hello everyone!

It's already the 31th day from 365 and here I am writing my first post for 2014.
Yet it's still unbelieveable that I'm 17 , but that is the fact.


Well, nothing changed much (for the time being). Actually, last Monday there was a ceremony at my school and it was 'Pelancaran Program Kemeriahan Akademik' if I was not mistaken. It's kinda like Top 5 ABPBH announcement hahahaha. Well, the principal's speech was something to be remembered because he did mentioned again about the Sinar Pagi programme. The first time he mentioned about the Sinar Pagi programme was on 'one fine friday morning ' after the bacaan Yassin that we have every friday in the hall. After the shocking Friday, everyone thought it was just a plan. Yeah everyone was like "takde eh." "takkan ah." Well congrats everybody, you were wrong! clap clap clap.

The Sinar Pagi programme is a programme which US , yes us the form five students have to go to school before 6.30 am and started our class at 6.30 am.


It's not like usual PDP class where teacher come in to your class and teach and "Understand class?" "Yessssssssssss". It's kinda like prep class thing. Hostelians should know what prep class is. We will be given modules to be done. Yeah physics at 6.30 am will be the BEST THING EVERRRRRR.

After the VIP speech and the launching gimmick , the top 11 students from the 2013 final exam were going to receive the Star Student button. This Star Students are the school's target to achieve 9A+ / 10A+ in SPM.
And, I am one of them.
You know, being a star student is really an honour to me. It was like a balas dendam because I didn't get the Star Student award for my PMR year. I feel appreciated. My hardworks pay off. But it scared me somehow. This is a really big amanah. The school put their trust on me to raise the school name. What if my Test 1 is not excellent? 

Yes, I'm grateful that I was awarded as the Star Student. I hope that this will be my first step to achieve my dream.
9A+ SPM 2014
Ya Allah, jauhkanlah aku dari sifat riak. Kau permudahkanlah jalanku, Kau berikanlah aku kefahaman yang mudah Ya Allah.

December 17, 2012

TOMORROW IS THE DAY? :O

Assalamualaikum and hello everyone! *waving* ^^

Dear 97's, tomorrow is the day! The day which we hope will be a sweet memory for us! In Shaa Allah ,tomorrow we will be smiling , our parents will be proud of us , teachers will be proud of us , and In Shaa Allah , we will break the school record! ^^v To 29's , we will meet tomorrow. Yeay ! Tak sabarnya! No matter what happens tomorrow , we are still firends , we are still awesome and most important , we are still ROCKSTARS! :* Ya Allah , please , please , please make us happy tomorrow. Please , we want to see a smile on our parents' and teachers' face. Please Ya Allah, make our parents proud of us , make our teachers proud of us , please make our effort , our teachers' effort , our parents' effort , our school's effort , a worthwhile effort! 

Atas restu Allah :)

In Shaa Allah , 124 of us will smile tomorrow! ;)

November 30, 2012

Tips untuk Ujian Kelayakan Kemasukan MRSM

Assalamualaikum and hello everyone! *waving* ^^

  This entry bertujuan untuk bagi info dekat sesiapa yang nak ambil ujian tu . Sebab before aku ambil ujian tu , aku ada google bentuk soalan , contoh soalan dia apa, tapi tak pernah jumpa. Sob sob. Jadi, mari jadi seorang blogger yang berbakti! ngehngehngeh.

  FYI , ujian ni ada dua sesi dalam sehari. pagi dan petang. Kita boleh pilih. Kita boleh pilih jugak kita nak ambil ujian ni kat MRSM mana. Waktu isi borang MRSM online tu nanti , pilih je. Okay , so this is the info.

1- Pakaian
Semestinya uniform sekolah. Ikut la kat sekolah korang pakai baju macam mana. Kalau pengawas , seeloknya pakailah baju pengawas tu. Kalau taknak pun takpe. Bukan orang tahu pun kau jawatan apa kat sekolah, HAHA. Macam aku haritu , aku tak pakai pun baju Mpp dengan vest bagai , Just kain biru tu je. Kain hijau tu nampak macam sekolah agama although the green is not like sekolah agama's green. 

2- Makanan dan waktu rehat
Waktu aku ambil exam tu  ,tak lama pun waktu rehat dia. 15 minit. So, sebelum pergi tu better take your breakfast first. Karang kebulur waktu tengah ambil exam tu kan susah? :3

3- Soalan
Dia ada 3 set yang korang kena jawab. Pakai komputer je. Pastu kalau korang rasa jawapan korang yang soalan sebelumnya salah , boleh patah balik and correct it. Math ada 40 soalan - 1 jam 30 minit tak silap. Sains ada 50 soalan - 1 jam. Lastly keperibadian ada 100 soalan untuk 30 minit. Mesti korang macam whoa! 100 soalan 30 minit? Haha , sempat! serius sempat. Aku boleh patah balik check semua soalan. Ada waktu lebih lagi. Soalan maths and science tu level PMR je. Science banyak KBKK. Contohnya dia tanya , 
Kalau cikgu bagi satu experiment , apa tindakan kamu?
A- Menyertai aktiviti
B- Tengok je
C- Tolong apa yang patut
D- Bergantung pada mood

Lebih kurang macam tu la soalan dia, hehe, kena pandai goreng la, jangan ikut suka. Maths pulak agak berbelit la jugak. Jangan take too much time for a question , nanti tak sempat untuk soalan lain. My advice , kalau dah lama sangat tak dapat jawapan , pergi soalan lain dulu. Nanti ada masa lebih , tengok balik soalan yang susah tu.

Okay , itu je tips yang mampu aku bagi. hahaha. Best of luck! :*

From left , Qama , Isya & Rara . 27 Nov , MRSM Parit.

Hello December :)

Assalamualaikum and hello everyone! *waving*


I'm back! hehe , this is seriously i'm back :D . Oh it is already december! And for the 97's be ready to face the white slip that determine your 2013. hehehehe. Why did I wrote in English? LOL. dunno why. haha. Okay , this month will be the new phase for Sukasukirara. :3 I hope that I will be a better blogger. :') Thats all for now , pleaseeeeeeeeeeeee oh pleaseeeeeeeeeee pray for PMR result!
Saya doakan Nur Athirah bt Mohamad Aziz akan mendapat 8A dalam PMR 2012. Amin! 
Thanks for your prayer! Adios. :* 

March 9, 2012

Al-Fatihah :'(



1996-2012
  Last Friday 2/3/2012 , macam biasa perhimpunan pagi hari Jumaat baca Yassin.Then prefect yang lead bacaan Yassin tu kata "Bacaan Yassin ini kita sedekahkan kepada arwah Aliya Syakirin bt Ahamad Shaker,anak perempuan kepada PPD Kinta Utara yang telah meninggal dunia malam tadi." Yeah,everybody was shocked.She is ex-bainunians and my kakak dorm a.k.a dormmates.The form 4 girls cry .Diorang kata memang tak sangka secepat nie sebab last time diorang jumpa arwah nampak sihat sebab pipi naik siket.Soffee, who is her adik angkat cries too.:( Afza and Raidah who is my dormmates also cries.Aku dapat tahu Soffe nangis sebab bukan je sedih tapi baru malam Jumaat tu dia susun surat-surat yang arwah Kak Aliya bagi kat dia ikut tarikh.Soffee kata nanti Open Day Kak Aliya datang ,dia nak tunjuk kat Kak Aliya.

Hari tu jugak waktu Maths,tetiba Afza ngan Soffee datang kelas,jumpa aku,tanya nak pegi umah Kak Aliya tak? I said "Nakkkkkk!''.dah bagitau cikgu,aku keluar lah kelas.Kitorang pergi ngan teacher Aishah and cikgu Aida.Cikgu Latipah the HEM teacher,Cikgu Sharifuddin the Penolong Kanan Pentadbiran and Cikgu Mastura are in the other car.Ingatkan kitorang je pergi.Sampai kat highwah nampak Bas Bainun and lagi satu kereta cikgu.Memang ramai giler orang kat rumah arwah waktu tu. Aku sempat tengok wajah arwah sebelum ditutup.So clean! Cantik! Sayu sangat waktu tu sebab ada family members dia yang nangis.huhu :'(

  Aku kenal arwah tak sampai setahun sebab lepas cuti raya 2010,arwah dah tak balik Bainun.Memang ramai tertanya-tanya.Then ada berita mengatakan she got leukimia.Tapi ada jugak la lepas tu arwah datang Bainun jumpa kawan-kawan dia.Aku kenal dia as seorang yang best,gila-gila and happy-go-lucky person! Waktu first day kat Bainun, she with Kak Nurin,Kak Tasha and Kak Yana lah yang sembang-sembang ngan kitorang.And know what? She is the one who gives me the name RARA.Sebab masa tu kat dorm aku ada dua orang Athirah form 1.Memang mula-mula aku tak biasa dengan nama tu,tiap kali dia panggil aku Rara aku tergelak,tapi lama-lama okay :') See the url of the blog? Yes, sukasukirara.Thank you kak Aliya!
Al-Fatihah for Kak Aliya.Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan dicucuri rahmat.Amin.
  

January 25, 2012

Nama Anak-anak Masa Depan? :D





Okay,it all starts with Qiela yang nak letak nama anaknya Mawar Duriana (adaptasi dari nama buah feveret beliau ;p).Katanya mahu letak nama anak nanti Nama bunga + Nama buah. Maka terciptalah Mawar Duriana.HAHA :D


apesal bahasa aku pelik sangat nie?
Maka batch 29 pada minggu itu telah diserikan dengan ciptaan nama anak-anak masa depan :D Berikut adalah nama-nama 'glamour' yang telah dicipta.HAHA


  • Mohamad Vena Cava
  • Siti Aorta
  • Justinah Biebierah
  • Salina Gomezah
  • Siti Libresah
  • Ideana Nur Inspiriah
  • Muhamad Poise
  • Alagappas Babbas
  • Nurul Winstonah
  • Nur Rambutan Masak
UPDATED!
  • Marku Zuckerbengiah
  • Nor Anafora
  • Nemo Ideana
please note that nama-nama kat atas hanya suka-suka dan gurauan semata-mata.peace!

August 27, 2011

hostelife in ramadhan :)

okeyh,,dah lama gilr tak update blog kann??heh---tatau nak tulis ape larh,,,okey,,hari ni nak share suasana 1st ramadhan kat bumi bainun,,hehe

3:45 am : bangun,,teman sue iron kat bilik iron,,tido kejap,,hehe
4:00 am : balik dorm,tido balik
4:15 am : sue kejut,,suruh mandi
4:35 am : habis mandi,,kejut Atiqah pegi sahur,,baring sementara tunggu yang lain siap,,
4:45 am : turun,,duduk kat tangga,,kumpul ramai2 pegi sahur sebab dah tau hari first je macam tue,,hehe
sebelum pukul 5 : gerak ramairamai naik DM,,
lebih kurang 5:30 : naik dorm,,buat essay pastu tertidur,, :D
6:30 am : bangun,,pegi ampaian,,pegi surau,,
6:45 am : siap2 pegi sekolah
7:00 am : kelamkabut pegi sekolah,,haha
7:10 am sampai 2:30 pm : perhimpunan n p&p.
2:30 pm : balik dorm,mandi tido,,
3:20 pm : siap2,,pegi prep
4:30 pm : kelamkabut balik prep sebab nak semayang zohor,,teruk betul,,
4:35 pm : semayang zohor,,baca quran sementara tunggu azan,semayang asar jemaah,,
5 lebih : balik dorm,tukar baju,buat maths,,pastu tertido,,
6:45 pm ; bangun,,siap2 pakai baju kurung,,pegi naik DM ngan Atiqah,,
7 lebih : berbuka!!
8:00 pm : balik dorm,tukar baju,turun surau,,semayang maghrib,,tadarus.
8:50 pm : isya',tarawih,witir jemaah,,
10:00 pm : siap2 pegi prep,,
10:30 pm : balik prep,,supper,,rollcall dengan PK HEM,,semua oke??bukan aku sorang,,haha
11:30 pm : balik dorm,,siap2 nak tido,,,good night!!


oke,,cube kira perkataan ape yg paling banyak,,,haha,,,it is TIDO!!haha,,nak buat macam mane ade TER maksudnya tak sengaja lahh,,,haha~~~lalala
Athirah Aziz's Copyright 2012 :)