April 30, 2015

Majlis Perpisahan Pengetua

Assalamualaikum and hello everyone!

Ini cerita agak lama sebenarnya tapi baru ada mood sekarang nak tulis. Walaupun takde orang baca kisah apa aku hahahahahhaahhaaha

It all started on one fine evening, Mom got whatsapp message from her friend; an announcement of Pertukaran Pegawai-pegawai pendidikan dalam Kinta Selatan and jeng jenggggggggggg
Ketua PPD Kinta Selatan : Tn Hj Mat Jaafar - Pengetua SMK Raja Permaisuri Bainun
Lebih kurang camtu la mesejnya.  So officially Tn Hj dinaikkan pangkat. Yeay tahniah! Tapi memang lah naik pangkat, tapi sedih la jugak although I'm not in that school anymore, tapi he is such a blessing to us, Bainunians. Sejak Tn Hj masuk sekolah kami, you can feel the positivity in the air~~~~ Seriously he made big changes to us. Banyak sangat la jasa dia kat kami, meh aku try senaraikan hahahahha

- Our Sinar Pagi programme! Yihaaaaaaaa dulu kena datang sharp 6.30 am lepas tu pukul 7 turun perhimpunan. Kalau terlewat tu, duduk bukak buku dah bunyi loceng hahahahaha. Tapi pengetua ni dia tukar sikit, datang 6.40 pastu takpayah turun perhimpunan ya rabbi syok gila *menari hawaii* hahahha
- Budaya tangan di dada time lagu sekolah and bagi salam. 
- Jemaah Isyak dulu baru pergi prep. This is realllyyyyyyy nice. Sebab kekadang ada yang balik prep dah letih tertidur maka terjadi la isyak jam 4 pagi hhuhuhu.
- Ada khemah ibadah haritu. Syok!
- Mentor mentee dorm. Ni dulu dah ada sebenarnya tapi macam dibangunkan kembali haa gitu.
- Start tahun ni dah kena jemaah everytime. Oh please tak payah persoalkan "asrama apa tak jemaah lima waktu?" Everyone is trying to change ok? Dulu bukan takde jemaah time solat. Subuh & Maghrib yang wajib. Selain tu macam kira pilihan la. Zohor ada PIA. 

Ok itu je mampu fikir dah 6 bulan tak sekolah mana nak ingat T_T

So, pada suatu malam sebenarnya aku tersangat lah bosan tahap tak tau nak buat apa langsung. Tv entah pape ceritanya. Twitter pun takde orang. So aku whatsapp la Teacher Aishah tanya majlis perpisahan pengetua bila. Dia kata rabu ni, you guys nak datang ke? Aku kata takde la tak plan apa pun. Lepas tu Teacher kata why not? Come and give him farewell.

Ok so tanya anip, plan apa semua, lepas tu dengan yang tak jadi datang, takde transport, ada hal lesen, at the end aku dengan Husin je pergi. Banyak pancaroba jugak nak pergi sekolah Rabu tu sebenarnya tapi demi pengetua ku redahi hahahahahaha gurau je. Tapi betul la banyak pancaroba tsktsk.


Let's skip to the majlis terus heehhehe. Majlis start pukul 11. So sampai-sampai terserempak la beberapa orang cikgu & students. Lepas tu nak pergi dewan nak bagi hadiah dekat orang yang jaga department hadiah amboi department hahahha ok AJK cukup. Then majlis tak start lagi kitorang keluar la dulu. Nampak Teacher Aishah kat kereta pengetua. Kereta pengetua dah berubah wajah! Sikit je la ahahhahaha
Cards by the bainunians.

Ni hadiah dari batch kami.
Ok so majlis start macam biasa la lagu Negaraku, lagu sekolah and bacaan doa.
Duduk depan macam cikgu ~ Hahhahaha

Husin dekelilingi bunga ~
Lepas bacaan doa, emcee pun bacalah biodata & pengenalan sikit pasal pengetua. Background music sedih gila bak kata budak kelas aku, macam lagu tsunami mwehehehehe sebak la jugak tapi I kan kental kikikiki.

The Emcees

Pada tahun 2014, Tn Hj Mat Jaafar telah meneruskan pekhidmatan beliau di SMK Raja Permaisuri Bainun. Beliaulah tulang belakang sekolah dan nadi kekuatan sekolah. Jasa dan pengorbanan yang telah disumbangkan oleh tuan pengetua tidak mudah untuk kami lupakan. Antara jasa dan buah tangan ditinggalkan tuan pengetua yang menjadi buah mulut kita semua merupakan Galeri Bainun, Inderaloka Bainun seta keindahan dan keceriaan segenap pelosok bumi Bainun. Selain itu, sifat prihatin dan kasih yang tidak terhingga kepada semua guru dan murid akan menjadi igauan kami buat selama-lamanya.
Tuan Pengetua bukan sahaja imam kami ketika solat berjemaah, tetapi juga imam kami *di arena keilmuan.* Aku rasa la tu ayatnya sebab aku record voice note je lepas tu sekarang dengar balik tak dapat tangkap apa dia cakap.
Seterusnya, ucapan wakil pelajar dari Amir. Time penutup speech dia, Amir nyanyi lagu kenangan terindah. 
Then ucapan wakil pentadbir, Cikgu Zulkafli. Aku sempat record penutup speech je mwehehehhe
Kalau tidak kerana unggas, tidaklah rosak padi di sawah. Kalau tidak kerana tugas, tidaklah kita akan berpisah. Kalau ada pauh diraih, bawa sebiji ke tanah seberang, kalau ada budi yang baik, sampai mati dikenang orang. Bagi tuan, selamat maju jaya, salam transformasi Bainun. Moga ikatan dan jalinan persahabatan dan persaudaraan yang terjalin di antara kita akan tetap kekal harum mewangi tanpa pudar dimamah usia.
Time tu pun ada background music alahai sayunya T_T. Kemudian tiba masa untuk ucapan yang diraikan, tuan pengetua. Terharu jugak time kata alu-aluan pengetua mention nama aku dengan Husin and students tepuk tangan. So here is some of what I recorded.

Saya akan meneruskan perkhidmatan di Pejabat Pendidikan Kinta Selatan mulai esok 16 April selepas hampir 11 bulan saya berada di sekolah ini. Saya tak ada puisi, saya tak ada sajak namun begitu sebelum saya meninggalkan bumi Bainun ini, ada beberapa perkara kalau boleh dijadikan sebagai satu ingatan, kalau boleh dijadikan sebagai sebagai satu pegangan untuk kita meneruskan perjuangan kita sebagai seorang pendidik, sebagai seorang kakitangan awam sebagai seorang murid, apa sahaja.
Ada beberapa perkara yang diberikan kepada kita dan tidak boleh dikembalikan. Tiga hal, tiga perkara yang tidak akan kembali kepada kita. Yang pertama, masa yang telah diberikan kepada kita tidak mungkin akan datang kembali. Yang kedua, kata-kata yang mana setelah kita hamburkan, kita keluarkan dari mulut kita, kata-kata itu tidak mungkin untuk kita tarik kembali. Dan yang ketiga ialah kesempatan atau peluang yang telah diberikan kepada kita kalau kita tidak ambil, tak mungkin dia datang lagi.
Hari ini masa ini kita berada di sebuah sekolah yang hebat. Hari ini masa ini kita di sebuah institusi pengajian yang menjadi tumpuan semua orang. Hari ini masa ini kita berada di satu tempat yang mana memungkinkan diri kita untuk terus maju ke hadapan.
Ada ungkapan yang menyatakan, rebutlah lima waktu sebelum sampai lima waktu. Masa muda sebelum tua, masa senang sebelum susah, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa hidup sebelum mati.
Walaupun 11 bulan saya berada di sini,hubungan saya dengan murid-murid, hubungan saya dengan warga Bainun, saya merasakan seolah-olah lebih panjang *some words missing hahahah tak dapat tangkap pulak apa yang dikata* kemesraan yang dapat saya rasakan. Saya mempunyai peluang untuk bersama-sama dengan anak-anak, saya mempunyai peluang untuk bersama-sama dengan guru-guru lebih berbanding dengan tempat-tempat yang lain.Itulah sebabnya saya mengatakan bahawa saya rasa bangga, saya rasa berterima kasih kerana diberi peluang untuk berada di sekolah ini walaupun dalam tempoh masa yang agak singkat.
Kecemerlangan memang hak SMK Raja Permaisuri Bainun. Saya yakin anda mampu mencipta kejayaan yang lebih cemerlang yang telah pun dibuat oleh abang-abang kita sebelum ini, oleh calon-calon SPM 2014, STPM 2014, saya yakin anda mampu mengatasi untuk memastikan kluster kecemerlangan hak SMK Raja Permaisuri Bainun.
Walaupun pemergian ini bukan di atas kehendak saya sendiri, saya secara ikhlas memohon ribuan ampun dan maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki kerana saya merasakan banyak perkara lagi yang tak sempat saya lakukan, banyak perkara lagi yang ada di fikiran saya yang tak sempat saya laksanakan. Tetapi saya bangga, selama 11 bulan saya di sini, kerjasama, komitmen yang telah  ditunjukkan oleh barisan pentadbir, barisan guru-guru, barisan kakitangan saya, barisan murid telah menguatkan hati saya, telah menguatkan semangat saya walaupun *some words missing hahahahaha*
Kekuatan saya sebenarnya datang dari tuan-tuan, kekuatan saya sebenarnya datang dari murid-murid, sebab saya melihat kehendak tuan-tuan, kemampuan tuan-tuan keinginan tuan-tuan dan kehendak murid-murid kita juga saya yakin memberikan satu semangat kepada saya. Kekuatan itulah yang saya belajar disekolah ini, kekuatan itulah yang saya timba sebelum ini. Kerana sebelum ini, dua tiga tempat yang saya pergi saya tidak menerima cabaran yang hebat seperti di SMK Raja Permaisuri Bainun. Namun Allah bantu saya, kerana saya ada sahabat-sahabat pendidik saya, Allah bantu saya saya ada anak-anak putera puteri yang memahami dan dekat dengan saya.
Lepas tu tuan pengetua recites a few ayat dari Al-quran.

Saya berpegang pada ayat ini, apabila kamu diuji, oleh ketakutan oleh kekurangan oleh fitnah dan sebagainya, bersabarlah, ada hikmah kerana orang yang bersabar itu, yang Allah uji itu, yang pertama untuk Allah tingkatkan darjatnya, yang kedua orang yang bersabar itu untuk Allah hapuskan dosanya. Saya banyak dosa tuan-tuan, saya banyak kekurangan tuan-tuan, mungkin Allah uji saya tetapi saya yakin, saya sentiasa berdoa agar Allah berikan bantuan. Bantuan itu datang daripada tuan-tuan. Bantuan itu datang daripada anak-anak saya sendiri. Yakinlah anak-anak, yakinlah para pendidik, kita berada di tempat yang sesuai untuk kita meneruskan tugas-tugas sebagai hamba dan khalifah.
Saya memohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya sepanjang 11 bulan ini, ada hati yang terguris mungkin ekoran dari kata-kata saya, tindakan saya namun niat saya cuma satu saja, untuk SMK Raja Permaisuri Bainun.
Ok sampai situ je yang sempat record mwehehhehe. Lepas tu persembahan murid and guru.

Nasyid, Soutun Naim.
Orkestra dekat wing kanan dewan, tu je yang dapat tangkap T_T
Puisi from Sir Rahman.

Penyampaian hadiah. Husin as wakil Batch 29.
Acara potong kek.

                                               

                                               

Ada student yang menangis rupanya. Memang lah sedih tapi nak buat macam mana tu rezeki pengetua, dinaikkan pangkat. Marilah kita berdoa Bainun terus maju dan unggul, aceh ayat hahahahaha ok sekian laporan, bye xoxo.


0 comments:

Post a Comment

Athirah Aziz's Copyright 2012 :)