April 28, 2015

Insecurities

Assalamualaikum and hello everyone!

Hmmm this is an express post because this topic tetiba singgah di minda hahahahhaa acah je ayat.
Ok let's start. Kita selalu dengar ada yang cakap kat orang lain,
Kau cantik bolehlah. Kau mampu bolehlah.
And those yang dipuji akan kata,
 Kau bersyukurlah apa kau ada. Mesti kau akan bahagia.
Yes it's true that we have to be grateful for what we have, but aduh macam mana nak cakap eh. Sebab kau cantik, memang lah kau akan kata everything will be nice with just bersyukur. Please, put youself in their shoes. Rasa macam mana dia rasa terasing bila kawan-kawan dia semua cantik semua lawa. Kawan-kawan dia yang lain semua boleh dapat apa mereka nak tanpa usaha. Sedang dia yang usaha mati-matian korban itu ini korban duit, masih macam tu. Ya, pokoknya rezeki. Tapi kau tahu rasa dia macam mana bila dah beberapa tahun pun masih macam tu hidup dia? 

Sakit tau tak tengok orang lain yang cantik ni. Bukan nya dia takde usaha nak ubah diri dia. Macam-macam dia cuba buat supaya dia tak nampak macam the ugly duckling bila dia ada dengan kawan-kawan dia. But it all didn't turned out well for her. Semua tak jadi. Semua tak kena. Masih macam tu. Rasa nak menangis pun ada bila tengok gambar orang lain and tengok diri dia dalam cermin. Perit tau bila ada kawan-kawan dia bergambar tanpa dia and dalam hati dia fikir, "kalau ada aku dalam gambar tu mesti rosak gambar tu". And dia hanya mampu tumpang gembira tengok kawan-kawan dia bahagia dengan hidup. 

"Untungnya jadi macam dia." Memang insecurities some people ni tinggi. Sebab apa? Sebab dia pernah melalui realiti. Didiskriminasi. Bukan orang lain yang diskriminasi tu. Bila everyone is in the same circle and doing the same thing tapi kau seorang je yang kena marah, kena pandang pelik, apa kau rasa? Thats why some people is not being themselves. Takut. Takut apa yang dia buat semua orang tak boleh terima. Sebab dia tak sama macam orang lain. Dia takde apa-apa. And she lost herself. Dia bukan diri dia yang sebenar bila dia dalam masyarakat. Dia tak boleh nak suarakan pendapat dia. Dia hanya mampu diam. Lama-lama dia fobia untuk cakap depan crowds.

Lagi satu kes bila orang macam ni kena puji. Let say dia upload gambar dia and dia rasa dalam 1000 gambar dia sejak lahir, itu lah gambar paling ok dia ada. Then ada orang puji kata cantik and what so ever. Then dia kata takde lah mana ada cantik. And there will be a person pertikaikan, orang dah puji cakap je la thank you apa susah. Masalahnya yang so called kena puji tu tak tau itu satu pujian ke satu perlian. Sebab dia sedar diri. Lagi satu sebab dia tak tahu how to response to pujian because dia memang jarang dapat pujian. Sebab dia tiada apa-apa. 

Ok ini last, orang takde rupa ni tak boleh ke nak ada crush? Mesti dipandang pelik bila dia macam ada interest to any guy. People please, they have feelings too. Memang dia minat, tapi jauh dalam hati dia,dia sedar rupa dia macam mana, dia tahu dia tak layak. Maka sebab itu ia hanya berhenti takat minat. Tak lebih dari itu. Orang pandang dia hina, macam la dia nak ada syurga bawah telapak kaki orang yang dia minat. Dia tahu batas dia. Dia tahu apa yang boleh dan tak boleh. Kau tak tahu, orang yang dia minat tu bukannya dia nak kahwin pun dengan orang tu. lepas tu kau tuduh dia gatal la apa la. Bukan dia mintak perasaan tu nak datang. Dia juga manusia. Haiwan pun ada interest to their opposite gender kan. So please, tak payah judge orang. 

Sekian bebelan jemah hari ini. Ciao.

0 commentslicious:

Post a Comment

Athirah Aziz's Copyright 2012 :)