May 8, 2014

Sempurna

Kalau aku sempurna
dah lama aku bahagia
belanja tak payah berkira
bersedekah dengan hati gembira
solat sentiasa dijaga awal waktu sentiasa
result exam semua A sahaja
paras rupa yang indah dipandang mata
Iphone rosak boleh ganti selamba
mak ayah nak pergi umrah setiap bulan pun tak apa
hati baik mulut baik tak pernah mengata
buat hati taulan senang sentiasa
harapnya syurga yang menanti aku di sana
walaupun aku tak sempurna

Buat 29 Aku

2 tahun punya usaha
Datang sinar pagi yang awal gila
Study malam bersengkang mata
Korban tidur untuk periksa
Kelas tambahan tak payah cerita
Duit mengalir keluar macam pili bomba
Mari kita sama-sama usaha dan berjaya
Balas jasa ibu bapa
Mahukah kau result yang bakal diterima
Hanya jadi punca kau berduka
Bila hari itu tiba
Buat kau rasa
Penat lelah kau hanya sia-sia
Athirah Aziz's Copyright 2012 :)