May 8, 2014

Sempurna

Kalau aku sempurna
dah lama aku bahagia
belanja tak payah berkira
bersedekah dengan hati gembira
solat sentiasa dijaga awal waktu sentiasa
result exam semua A sahaja
paras rupa yang indah dipandang mata
Iphone rosak boleh ganti selamba
mak ayah nak pergi umrah setiap bulan pun tak apa
hati baik mulut baik tak pernah mengata
buat hati taulan senang sentiasa
harapnya syurga yang menanti aku di sana
walaupun aku tak sempurna

0 comments:

Post a Comment

Athirah Aziz's Copyright 2012 :)