April 15, 2015

Pesanan Cikgu.

Assalamualaikum and hello everyone!

Ok let's make this short and simple because I'm already sleepy tapi tetiba rasa nak update blog hahahahaha. Dah tutup dah Chrome lepas tu bukak balik. Ok tadi aku dengan Husin pergi sekolah sebab ada majlis perpisahan pengetua, naik pangkat jadi ketua PPD Kinta Selatan. Pasal majlis tu kalau rajin I cerita ok hahahahaha

So macam biasa la lepas majlis jumpa cikgu-cikgu and cikgu ajak makan potluck ehehehehhehe syiok ok stop. And ada sorang cikgu baru ni, baru masuk tahun ni, Cikgu Rohiman nama dia (rasanya la ejaan camtu hehehehe) Time tu kitorang tengah sembang dengan teacher Aishah lepas tu she went to the toilet and cikgu Rohiman came to us.

" Student last year?"

Haah.

Lepas tu dia tanya dapat mana and mintak apa rasanya. Aku dengan Husin both dapat Matriks Negeri Sembilan. Husin kata dia nak ambik medik, aku kata la Farmasi. Ohh panjang cerita dan komplikasi pasal farmasi ni actually luls malas nak ingat nanti sakit hati. Lepas tu dia tanya aku kenapa tak ambik medic then aku kata oh no no hahahahaha 

Haaaaaaaaaaaa di sinilah bermulanya nasihat. Dia cakap banyak sebenarnya pastu dia macam bagi hint suruh “panjangkan pesanan” kat kawan-kawan tapi panjang betul apa dia cakap aku lupa la sikit hahahahha.

Tak ingat la tapi macam dia kata kenapa tak ambik medic terus. Aim higher gitu. Medic kena 4flat, farmasi 3 berapa ntah dia cakap aku lupa hahahhahaha panjang sebenarnya apa dia cakap tapi ni je yang aku mampu extract.
- Kalau takde minat, leave je. Macam dia memang nak jadi cikgu dari kecik. Tapi dia dapat matriks rasanya kalau tak silap la matriks. Tapi dia pergi sehari je pastu malam tu dia chiao sebab dia kata dia rasa takde hati (ke takde jiwa ntah hahahaha) untuk study bidang tu kat situ (lebih kurang la ayat dia).
- Bila kita minat satu bidang, cari satu tokoh yang strong dalam bidang tu. Tengok pathway dia, macam mana dia boleh berjaya macam tu. Tengok mana dia pergi.
- Bila masuk matriks (rasanya hahahaha) first sem takyah hirau lain. Fikir nak skor 4 flat je. Lagi yang nak ambik medic tu. 
- Ok yg ni cikgu che araine cakap dia kata kalau pape bidang pun cuba la study sampai jadi pakar. Eh cikgu rohiman pun ada kata pasal prof muhaya tapi tak ingat  butiran lanjut rasanya pasal buat research kot. sorry hahaha.
- Approach prof ke dr ke lecturer ke. Tanya pasal subject. Sebab kadang2 apa yang dia bagitau tu itu yg keluar exam. Lecturer pun manusia, dia ada humanity. Bila dia tengok budak betul2 nak belajar dia akan tolong. 
- Ni macam point penting gak ah. Jangan kejar nama university. Be smart. Contohnya dia kan nak jadi cikgu tapi dia tak mintak upsi. Dia tau ramai akan apply upsi so dia apply um ambik degree pendidikan. “jadi cikgu jugak kan?” macm medic dia kata apply la ums ke unimas ke.

Ok itu je untuk dishare nanti pape kalau aku teringat aku tambah. SHORT AND SIMPLE SANGAT HAHAHAHHA bye

0 commentslicious:

Post a Comment

Athirah Aziz's Copyright 2012 :)