February 22, 2015

3 Mac.

Assalamualaikum and hello everyone!

Well that date is kind of a nightmare for me, and I'm sure that it is not only me but for the whole 97's Malaysians. Time really flies. Lebih kurang 8 / 9 hari lagi. Seramshit takpayah cerita la kan tahap mana. Menggunung perasaan tu. Bercampur-campur. Mimpi pasal result dah berapa kali pun tak tau. 

Rasa macam baru je semalam daftar hari first form five. Rasa macam baru je semalam duty koop utk hari pendaftaran. Rasa baru je semalam bergembira lunch makan nasi vanggey cikgu Mazlan belanja. Rasa macam baru je semalam terasa senior. Rasa macam baru je semalam bergembira dalam bilik menelaah. Rasa macam baru je semalam study waktu pagi pukul 4 sampai tertidur walaupun dah ikut tips cikgu Zul, dia kata taknak bagi ngantuk nak study pagi pergi mandi dulu but sorry cikgu that didn't work for me hehehehe. Rasa macam baru je semalam bermastautin dalam bilik menelaah, baring atas toto pe semua. Rasa macam baru je semalam menangis sebab stress yang bercampur, dengan oral kena redo, yuran pibg yang masyaAllah boleh carut, Sinar Pagi, tak cukup tidur hias dorm sampai 3-4 pagi then masa yang sama nak Ujian 1. Tengah belajar fizik bab elektrik pun boleh nangis hahahahahah stress level apa ntah tu.

Rasa macam baru je semalam makan bergelak ketawa dengan batchmates dengan my Sigma. Rasa macam baru je semalam menangis ramai-ramai sebab dapat shocking news yang cikgu Roziah dengan cikgu Rafiah kena pindah and waktu tu tengah PPT. Rasa macam baru je semalam buat petisyen untuk hantar kat JPN. Rasa macam baru je semalam terasa dianiaya hahahaha. Rasa macam baru je semalam ada meetings dengan pengetua, dengan pentadbir and dengan orang JPN. Rasa macam baru je semalam seronok sebab pengetua yang baru buat sinar pagi start 6.40 and tak payah pergi perhimpunan. Rasa macam baru je semalam pergi study kat bukit ramai-ramai. Kadang berdua dengan Fafau.

Banyak lagi nak tulis pasal 'Rasa macam baru je semalam' sebenarnya tapi I sebak ok cannot go on T_T . But I do really hope our batch can excel in this SPM. Sebab kami tahu, kami dah nampak apa akibatnya bila SPM sekolah ni tak perform. Kesian sangat dekat cikgu. Orang JPN turun apa semua. Memang la asalnya kitorang as student marah apasal JPN nak marah-marah, benda dah nak jadi. Tapi bila aku join program Perfect Score yang buat kat sekolah haritu, aku faham apa tujuan diorang actually. Diorang nak anak Melayu kita berjaya. Itu peranan diorang. Letak diri kita kat tempat mereka. Adakah kita akan rasa selesa tengok result anak Melayu penuh cela? Ye mungkin cara diorang agak kasar tapi manusia kan, Emosi. Lagi-lagi bila pengetua baru ni. Macam-macam program dia buat. He is really the best principal I ever had. Aku memang harap kami boleh balas jasa beliau dengan semua cikgu lain. I really hope we are not going to make the teachers stressed out because of our result. Harapnya batch 29 akan tinggalkan fairy dust kat sekolah, bukan pasir berdebu ahahaahahahhaha ok bye xoxo

0 commentslicious:

Post a Comment

Athirah Aziz's Copyright 2012 :)