July 18, 2016

Pada suatu hari,

Assalamualaikum and hello everyone!

Pada suatu hari
Ada seorang anak kecil
Sedang sibuk bermain
Tanpa kisahkan siapa saja.

Pada suatu hari
Ada seorang remaja
Sedang leka dan sibuk
Mengikut arus semasa.

Pada suatu hari
Ada seorang pemuda
Sedang asyik berfikir
Cara perbaiki ummah tercinta.

Pada suatu hari
Ada seorang pemudi
Sedang tekun dan gigih
mentadabur buku dan kitabnya.

Pada suatu hari
Ada seorang bapa
Sedang gigih bekerja
Untuk menanggung keluarga.

Pada suatu hari
Ada seorang ibu
Sedang penat menasihati
Si anak dara.

Pada suatu hari
Ada seorang datuk
Yang sedang terlantar di katil
Menghabiskan sisa hari tua.

Pada suatu hari
Ada seorang nenek
Sedang sibuk di dapur
Memasak juadah raya.

Pada suatu hari,
Tiada lagi siapa-siapa.

0 comments:

Post a Comment

Athirah Aziz's Copyright 2012 :)